Monday, September 5, 2016

DIY kerusi IKEA

assalammualaikum dan salam sejahtera

Di waktu lapang saya suka menolong ibu saya.
Kerusi yang dibeli oleh ibu saya di IKEA ini harus di pasang sendiri.


Saya belajar dari bapa saya bagaimana ingin memasang barangan DIY.
Sekarang saya sudah mahir mengunakan skru driver dan membaca gambar rajah
bagi memasang setiap alatan. 

Sangat mudah dan ringkas. Saya rasa kawan-kawan juga boleh mencuba untuk memasang sama. 
Belajar perlahan-lahan cara memasang ok kawan-kawan.

Saya dah berjaya pasang kerusi dari IKEA ini. 

 

Wednesday, March 30, 2016

Aktiviti Cuti Sekolah di Discovery Channel di Sunway Pyramid

Cuti sekolah yang lalu saya berkesempatan ke Sunway Pyramid dan menyertari pelbagai aktiviti yang
diadakan di sini. Diantaranya saya sempat bermain mengali iaitu 'gold rush' yang mencari emas di dalam timbuanan batu-batu yang disediakan.


Selain itu kami dapat memakai pakaian keselamatan sekiranya ingin memasuki 
lombong pengalian. Kami berasa gembira kerana menimba banyak ilmu
sepanjang berada di sini.
 

Saya dan adik saya sangat gembira


Selain itu saya juga diberi kesempatan untuk melihat dunia di dasar laut. 
Amat menakjubkan apabila dapat melihat semua ini di sini.
Lain kali saya berharap dapat menyertai lebih banyak aktiviti semasa cuti sekolah.

#kidblogger

Thursday, March 17, 2016

Berjumpa Chef Wan di Event BMS Organics

Saya selalu melihat Chef Wan memasak di dalam tv.
Saya gembira pada hari itu kerana mami saya mengatakan Chef Wan akan
hadir di event.


Melihat sendiri kelincahan Chef Wan memberi inspirasi kepada saya untuk lebih berjaya. 
Di event itu, saya diberi kesempatan untuk merasai masakan dari Chef Wan.


Chef Wan menyatakan semua bahan-bahan yang digunakan adalah organik dan sihat.


Saya bertuah kerana dapat berjumpa Chef Wan di event ini.
Semoga ada rezeki saya dapat berjumpa lagi.


#kidblogger

Wednesday, March 2, 2016

Event Blogger bersama 7Eleven Malaysia

Saya amat gembira kerana dapat mengikuti ibu saya ke event ini.
Event blogger di 7Eleven ini memberikan saya pengalaman dan merasai sendiri keenakkan 
makanan yang dihidangkan di sini.


Saya dan rakan-rakan ibu saya bersama-sama makan dan mengundi makanan kesukaan kami.


Makanan kegemaran saya pada hari itu ialah nasi lemak.
Nasi lemak di 7Eleven mempunyai sambal yang sedap. 
Selepas ini saya boleh mengajak keluarga saya bersarapan nasi lemak di sini.


Selain nasi lemak terdapat banyak makanan lain seperti di bawah ini.




Terima kasih 7Eleven Malaysia kerana layanan yang sungguh baik ini.
Kami semua diberikan bag yang comel sebagai tanda kenangan. 
Saya berasa gembira, sebagai kid blogger saya dapat merasai pengalaman yang menyeronokkan ini.


Sunday, February 28, 2016

kucing

Kucing adalah haiwan yang paling saya suka. 
Saya sukakan kucing kerana haiwan ini adalah haiwan
yang manja dan comel. Disebabkan warna bulunya juga menjadi 
perhatian saya setiap kali melihat mereka.


Ibarat magnet kepada kucing, setiap kali kemana
mana selalu ada kucing yang mengekori saya.


Mungkin kerana sikap saya yang sukakan kucing
membuatkan kucing senang dengan saya.

Saya sedih melihat kucing yang tidak dijaga dan juga yang di dera.
Saya berharap satu hari nanti saya dapat memiliki kucing
peliharaan saya sendiri.



Tuesday, February 16, 2016

Layang-layang


Setiap hujung minggu saya dan adik saya akan mencari aktiviti untuk
dimain di waktu petang.
Paling saya seronok adalah bermain layang-layang.
Berdekatan dengan rumah saya ialah Taman Metropolitan Kepong yang 
selalu menjadi lokasi orang ramai bermain layang-layang.

Di sana ada dijual pelbagai jenis layang-layang untuk kawan-kawan pilih.


Inilah layang-layang saya dan adik saya yang terbang tinggi.
Angin yang kuat petang itu amat mengembirakan kami.


Saya dan adik saya gembira melihat layang-layang terbang tinggi.


Saya berharap dapat ke sini setiap hujung minggu bermain layang-layang lagi.

Monday, January 11, 2016

Penjagaan gigi mengunakan berus gigi Jordan

Selalu kita dengar di sekolah tentang penjagaan gigi bukan. Saya juga tidak berkecuali dalam menjaga kesihatan gigi saya dengan baik. Kehilangan gigi susu dan tumbuhnya gigi kekal sekarang lagi membuatkan saya lebih menjaga kesihatan gigi saya. Dengan berus gigi Jordan segalanya senang dan bersih.


Inilah berus gigi yang saya guna bagi penjagaan gigi saya. Warna biru adalah kegemaran saya.


Teknik memberus gigi juga penting. Kawan-kawan perlu memastikan semua gigi diberus dengan baik 
bagi memastikan semua gigi akan bersih setelah diberus.


Jangan lupa mengunakan berus gigi yang sesuai. Saya mengunakan berus gigi Jordan dan setakat ini 
ianya sangat sesuai buat saya.

Terima kasih